Bandar sempadan Jeli

Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Jeli beruntung kerana menjadi bandar sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Bandar Jeli hanya 100 km dari bandar Kota Bharu. Dari bandar Tanah Merah pula sejauh 50 km. Dari bandar Grik, Perak pula hanya 121 km sahaja melalui Lebuhraya Timur-Barat. Dari bandar Gua Musang pula hanya sejauh 115 km sahaja melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Dari bandar Kuala Krai pula hanya sejauh 132 km melalui Jalan Jeli-Pekan Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai. Dari Pekan Rantau Panjang pula hanya 45 km sahaja melalui Jalan Jeli-Panglima Bayu-Rantau Panjang. Dahulu Jeli mendapat jolokan 'bandar koboi latin' tetapi kini semuanya berubah wajah. Ia menjadi penghubung antara Grik, di Perak dan Kelantan, bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Ban Buketa, Selatan Thailand dan Bukit Bunga melalui Jambatan Muhibbah. Pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam (CIQ) siap pada Ogos 2010 dengan kos RM47 juta.Bandar Jeli juga telah mengalami perubahan fizikal yang ketara dengan pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang.Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed (To'Pa) berharap Jeli berkembang maju pada 2015 mengikut perancangan. Cawangan Bank Muamalat yang ke-58 baru dibuka. Selain itu, kampus kedua Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains serta pembesaran jalan di sepanjang Lebuh raya Timur Barat menghubungkan Kelantan dengan Grik, Perak[3].